Blogger Layouts
Welcome to my blog. Thankz view my blog.. =)

Saturday, October 22, 2011

ITALY DAN SEPANYOL MENUJU MUFLIS??

PETIKAN NI SAYA BACA DARI http://bincang.net/forum/showthread.php?113826-itali-dan-sepanyol-menuju-muflis

BACA BERITA NI TERKEJUT BESAR..yela..pengaruh besar dunia menuju muflis..meh kite baca..

BRUSSELS, Belgium - Situasi panik menyelubungi pasaran kewangan Eropah semalam selepas para pelabur bimbang Itali dan Sepanyol turut terheret ke dalam krisis hutang yang telah melanda Greece dan beberapa negara Eropah lain.

Sebelum ini, Kesatuan Eropah (EU) meluluskan dana berjumlah 750 bilion euro (RM3.1 trilion) untuk menyelamatkan ekonomi Greece, Ireland dan Portugal daripada muflis.

Ketiga-tiga negara itu yang memiliki beban hutang tinggi sekali gus memerlukan pelan penyelamatan ekonomi bagi mengelakkan krisis hutang tersebut merebak ke negara-negara lain di Eropah.

Namun, pelan penyelamatan ekonomi itu gagal memulihkan keyakinan pelabur semalam selepas Itali yang merupakan kuasa ekonomi ketiga terbesar di Eropah, didapati memiliki hutang luar mencecah 1.8 trilion euro (RM7.8 trilion).

Keadaan semakin gawat apabila Sepanyol yang merupakan kuasa ekonomi keempat terbesar di Eropah turut dibebani hutang luar sekitar dua trilion euro (RM8.4 trilion).

"Itali kini mengalami tekanan pasaran yang teruk. Situasi yang menimpa ekonomi ketiga terbesar di Eropah itu menandakan krisis hutang dan krisis perbankan di rantau ini telah mencapai tahap meruncing," kata seorang pakar ekonomi di London, Vladimir Pillonca.

Ekonomi kedua-dua negara itu dilihat terlalu besar untuk diselamatkan menerusi pelan penyelamatan EU atau Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Perkembangan di Itali dan Sepanyol turut menyebabkan mata wang euro susut 0.9 peratus dengan bursa saham di seluruh Eropah juga merudum semalam.

Turut mengalami kejatuhan dalam pasaran mata wang semalam ialah mata dolar Amerika Syarikat.

Susulan perkembangan itu, Menteri Luar Itali, Franco Frattini semalam mengumumkan bahawa Itali akan melaksanakan bajet jimat cermat.

Langkah itu dibuat bagi memulihkan ekonomi Itali dengan mengurangkan defisit negara kepada 0.2 peratus menjelang 2014 berbanding 4.6 peratus pada tahun lalu. - Agensi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...