Blogger Layouts
Welcome to my blog. Thankz view my blog.. =)

Thursday, December 15, 2011

keajaiban huruf-huruf di dalam al-quran


Bismillah. saya terbaca di blog seorang kawan.. so, saja nk share...

Setiap satu huruf al-Qur'an sungguh ajaib, kerana bukan sahaja Allah swt akan memberikan kita 10 kali ganda setiap kali menyebutkan walaupun satu huruf di dalamnya, tetapi setiap huruf itu mengajar kita bagaimana cara menyebutkannya.

Kalau kita perhati betul-betul di setiap huruf-huruf di dalam al-Qur'an, ianya seperti memberitahu kepada kita di mana kita letakkan bibir, gigi, lidah, tekanan lidah, tekanan angin dan sebagainya.

Lihat hurup ب ianya seperti mulut atau bibir dan ia ada titik. lalu mulut kita semasa menyebutkannya akan bertutup terlebih dulu dan ada sedikit tekanan di bawah bibir yang bawah.

ت pula hampir sama seperti ب cuma tekanan lidahnya keatas dan kena pada 2 gigi. Jadi 2 titik di huruf ta bermaksud dua gigi kacip di atas. Mulut pula tidak perlu ditutup.

Bukankah ianya suatu keajaiban? Mari kita lihat semua huruf-huruf tersebut.

Mari bermula dari Awal

Huruf ا Alif menunjukkan suatu yang naik dan panjang.

Huruf ب Ba seperti mulut ditekan satu titik ke bawah.

Huruf ت Ta seperti mulut ditekan dua titik pada 2 gigi atas.

Huruf ث Tsa seperti mulut ditekan pada 3 gigi atas.

ج Jim berbentuk seperti mulut dan dagu dari tepi, titiknya di bawah, menandakan perlunya satu tekanan di bawah mulut.

ح Ha seperti mulut dari pandangan tepi juga tapi tekanan angin hanya dari tengah mulut.

خ Kha tekanannya ke atas sikit.

د Dal hujung lidah.

ذ Dzal pula ada tekanan sikit atas atas hujung lidah.

ر Ra semua lidah, hujungnya naik atas sikit.

ز Zai semua lidah, tapi ada tekanan sikit di atas pangkal lidah.

س Sin bentuk gigi. Angin keluar dari celah gigi.

ش Shin juga gigi. Tapi ditekan pada 3 gigi atas.

ص Shad seperti belon berbaring. Kedua hujungnya menunjukkn gigi dan lidah. Lidah dikenakan pada gigi kacip atas atau dikeluarkn sikit dari gigi, isi mulut pula macam belon berbaring.

ض Dhad pula macam shad juga, tapi ada tekanan sikit keatas..

ط , ظ Tha dan Dzha pula hampir sama dengan Dhad dan Shad. Mulut seperti belon, gigi atas di atas lidah, namun huruf Dzha anginnya ditekan ke atas sedikit.

ع Huruf 'Ain, menunjukkan mulut dan hidung. Bunyi 'ain adalah di hidung dan mulut.

غ Huruf Ghain seperti huruf 'Ain tetapi ditekan ke atas sikit.

ف Huruf Fa seperti perahu dan kepalanya menunjukkan bibir atas. Tekanan angin ditekan keatas sikit. Bibir bawah tidak melekat pada bibir atas. jadi semasa menyebutnya mulut tidak boleh tertutup. Sebab itu orang arab tidak pandai sebut "P" bila sebut Fa jadi Ba.

ق Qaf juga sama, namun tekanan ke atas lebih sikit menunjukkan mulut terbuka dari tepi.

ك Kaf menunjukkan gigi kacip atas dan gigi kacip bawah yang terbuka.

ل Lam menunjukkan seluruh lidah.

م Mim menunjukkan bibir tetutup rapat.

ن Nun macam bunyi uuu, namun lidah disentuhkan ke atas sikit ke satu titik tengah.

و Wau seperti Fa. Namun bibir bawah lebih jatuh ke bawah.

ه Ha, macam paru-paru, maka bunyi angin datang dari paru-paru.

ى Ya macam mulut, tapi di tekankan sikit ke bawah.

Saya sudah lama menyebutkan huruf-huruf al-Qur'an dengan cara ini, ternyata ia jauh lebih fasih dan amat mudah dari sebutan-sebutan yang di ajarkan di mana-mana. Umpamanya sebutan huruf ص shod baris hadapan. Jika guru al-Qur'an biasa mengajar, ia akan menyatakan ص shod disebut dengan mulut yang dimuncungkan kedepan, namun sin juga akan menjadi mulut muncung kedepan jika berbaris depan.

Jika lidah tidak dikedepankan dan pipi dikembungkan maka bunyi huruf ص shod baris depan akan menjadi bunyi س sin baris depan.

Huruf ض Dhad ialah huruf yang paling susah. Berbagai cara kita lihat orang mahu menyebutkanya, sehingga bermacam-macam bunyinya. Namun dengan cara huruf ini ض Dhad menjadi amat mudah. Cuma letakkan lidah di bawah gigi kacip atas sahaja, maka huruf Dhad sudah menjadi sempurna. Al-Hamdulillah.

Bahkan sebutan sebutan yang saya tunjukkan ini mempunyai dalil atau penunjuk yang paling sahih yang terus dari al-Qur'an itu sendiri iaitu dari huruf-hurufnya. Kita tidak begitu perlu lagi pada kitab tajwid lain untuk mencari-cari sebutan mana yang paling betul, kerana kitab-kitab itu tidak kita ketahui dari mana asal ajarannya dan darimanakah dalil ulama mengatakan sebutan-sebutan huruf adalah seperti itu.

Cubalah untuk berlatih bersama keluarga dan kawan-kawan dan menyebutkan huruf-huruf itu dengan berpandukan penerangan yang diberikan. Ia lebih mudah bukan dengan guru yang berada di dalam al-Qur'an itu sendiri?

Mudah-mudahan di terima Allah swt dan mudahan diampunkanNya segala dosa. Aaamiiin

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...